top of page

Latar Belakang

Saya merupakan anak sulung daripada enam adik beradik dan berasal daripada negeri Pahang Darul Makmur. Saya telah dibesarkan di Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

​

Pendidikan

Saya telah mendapat pendidikan awal di Tabika Abim, Taman Nilam, Sungai Petani, Kedah dan setelah itu meneruskan pengajian Sekolah Rendah di SK Tunku Ismail, Sungai Petani, Kedah.

 

Apabila tamat Tahun 6, saya mendapat pendidikan di peringkat Sekolah Menengah bagi Tingkatan 1 sehingga 5 di SMK Tunku Ismail. Keputusan SPM yang diperolehi membuatkan saya mengorak langkah ke SMK Sungai Pasir, Sungai Petani bagi menduduki pengajian Tingkatan 6.

 

Dianugerahi sebagai pelajar terbaik keseluruhan STPM di sekolah tersebut dengan memperolehi keputusan 3A 1B (3.83), menjadi satu titik permulaan untuk saya melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi.

​

Pada tahun 2007, saya telah menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman dan telah dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian, UUM (2011).

​

Saya telah menjadi Pelatih Dalam Kamar di Tetuan Sarina Anija & Co, Sungai Petani, Kedah dibawah Puan Anijawati Jamaludin dan didaftari sebagai Peguambela & Peguamcara pada 24.5.2012 di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah Darul Aman.

 

Seterusnya, pada Januari 2013, saya menerima tawaran biasiswa TPM UiTM Cawangan Perak dan melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana di UUM pada tahun 2013 dibawah seliaan Prof. Madya. Dr. Zainal Amin Ayub dan dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Undang-Undang Komersil, UUM (2014).

​

Memulakan tugas sebagai Pensyarah di Jabatan Undang-Undang UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah pada Oktober 2014 dan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) pada 30.9.2020 sehingga 30.9.2021 (Setahun) dan akan kembali bertugas pada 1.10.2021.

 

Kini, saya berada di Tahun Ketiga dalam pengajian PhD di UniSZA di bawah penyeliaan Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas dan Dr. Norhasliza binti Ghapa. 

 

​

My PhD Journey 

bottom of page